Monday 20 July 2009

Public Caning

15 orang pelajar lelaki tingkatan 5 di panggil ke depan masa perhimpunan kerana di tangkap merokok di asrama pada hari minggu semasa semua pelajar lain balik ke kampung.

Di antara yang dipanggil ialah anak lelaki GPK Kurikulum [yang belum sampai sebulan dinaikkan pangkat dari GPK HEM sekolah sebelah pagar]. Kedengaran sok sek sok sek GPK baru tak ngam dengan Pengetua. Kalau Pengetua baru mengubah 'cuaca' sekolah itu dikira biasa. Tapi jika GPK mengubah 'cuaca' sekolah pada minggu pertama kehadirannya, itu dianggap luar biasa [entah falsafah mana yang digunapakai entah lah].

Pengetua mengaku adalah salah 'public caning' tanpa persetujuan dan tanda tangan ibu bapa terlebih dahulu, tetapi dengan alasan ada di antara pelajar pelajar tersebut merupakan anak anak kawan kawan baik Pengetua sendiri yang telah berpesan supaya anak anak mereka dirotan jika nakal, maka Pengetua mengambil keputusan melakukannya.

Pelajar pelajar yang lain juga bersetuju dirotan bersama. Pengetua mengarahkan GPK HEM merotan dan menawarkan GPK Kurikulum untuk merotan sendiri anaknya di khalayak ramai. GPK Kurikulum menerima tawaran tersebut. Sepatutnya tiga rotan dijatuhkan di punggung pelajar.
Namun, sukar untuk memisahkan profesionalisma dengan unsur peribadi dalam keadaan seperti ini. Selain rotan, tangannya juga menampar pipi sampai jatuh terduduk si anak. Guru guru yang berdekatan memegang tangan GPK Kurikulum untuk cuba menenangkannya.

Ramai guru perempuan mengalirkan airmata melihat kejadian. Mungkin ramai yang dapat merasakan betapa hancur luluh hati seorang ibu yang mengandungkan anak dan membawanya ke hulu ke hilir selama lebih sembilan bulan. Betapa perit saat melahirkan anak ke dunia. Bila besar, terpaksa pula merotan anak di khalayak ramai kerana kesalahan merokok. Salah asuhan ibukah bila anak merokok?