Sunday 28 March 2010

Suami curang

Dah lama bercadang nak buat satu blog khusus pasal isu suami isteri. Kena tunggu pencen dulu kot.


Apa pun, ingin kongsi dulu apa yang Mazidul Akmar tulis di blognya berkaitan petanda awal suami curang. Ianya merupakan rumusan perbincangan tidak formal antara beliau bersama rakan sekerja beliau dalam perjalanan pulang dari satu majlis kebajikan TV3.


Ini senarainya:-


1 Membawa telefon bimbit ketika ke tandas untuk menghantar SMS


2 Berasa cuak atau panik tidak menentu jika isteri secara spontan bercadang membersihkan bahagian dalam kereta


3 Menyembur minyak wangi berlebihan berbanding kadar biasa sebelum keluar rumah


4 Mula pulang ke rumah lewat pagi dengan alasan bertemu rakan


5 Menggunakan 2 telefon bimbit, 1 disembunyi atau dimatikan ketika berada di rumah


6 Berkata "I will call you back" dengan nada sederhana sedangkan tidak sibut ketika berada di rumah


7 Membeli cenderamata extra ketika pulang dari bertugas di luar kawasan, 'outstaton' dengan alasan, 'untuk kawan'


8 Telefon bimbit diletakkan 'silent mode' ketika bersama isteri


9 Memberikan perhatian atau pujian berlebih lebihan secara tidak semena mena terhadap isteri


Ini pula tambahan dari komen pembaca


10 Kelam kabut apabila handphone berbunyi dan si isteri ingin menjawab panggilan tersebut


11 Janji dengan anak keluar berjalan setiap minggu dibatalkan atas alasan 'papa banyak kerja'


12 tersasul @ tersalah sebut nama isteri @ anak perempuan


13 tersenyum tak kira masa (kat rumah) kerana tengah bahagia sangat kot ...


14 Bila balik beraya, mesti nampak gelisah punya, maklum hati teringat buah hati


15 Biasa ke surau malam malam pakai kain pelikat, tetiba tukar pakai seluar cantik


16 berubah pilihan lagu yang dimainkan masa memandu


17 tidor tak lena. selalu gelisah


18 hari tidak bertugas, suka keluar ke rumah kawan bersendirian.