Wednesday 5 August 2009

Lonely Hearts Club

Satu lagi MO yang sering diguna untuk memperdaya wanita Malaysia yang kesepian ialah mengumpan mereka membawa dadah [mules]. Utusan hari menyiarkan berita ini [klik di sini].

I am wondering can't anything further be done apart from reporting the done cases. I suspect I am being targeted by this people/syndicate. I am getting hits on SKYPE and YM from people who claimed they are British or American. After one or two short chats, they were offering marriage to me. Almost all are willing to convert to Islam and relocate here. Some are engineers, one is an oil contractor, another an independent contactor, another in the Security business. Some were bold enough to talk to me on the phone. None would allow me to see them live on webcam.

Wanita Malaysia semakin berhati-hati

IPOH 6 Ogos - Golongan wanita di negara ini kini semakin berhati-hati ketika berurusan dengan warga asing bagi mengelak daripada terperangkap dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Abd. Bakir Zin berkata, ia terbukti apabila jumlah pengedar dadah di kalangan wanita tempatan di peringkat antarabangsa semakin berkurangan.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan perlu memperhebatkan usaha untuk membendung keberanian segelintir wanita di negara ini untuk menjadi pengedar dadah di peringkat antarabangsa.

"Secara keseluruhan, kaum wanita kini lebih faham dan berhati-hati dengan sesiapa sahaja kerana mereka sedar tentang bahaya jika diperdaya sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

"Kita tidak mahu ada lagi wanita membawa beg orang lain (berisi dadah) dan kemudian apabila ditahan di negara orang, mereka beri alasan tidak tahu," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Masyarakat Wanita Anti Dadah (Mawadah) Perak oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, jumlah penagih yang dikesan di negara ini tahun lalu adalah 12,352 orang iaitu 5,939 penagih baru dan 6,413 penagih berulang.

Jelasnya, perangkaan tersebut menunjukkan seramai 514 rakyat Malaysia terjebak sebagai penagih baru dalam sebulan atau seramai 17 orang dalam sehari manakala jumlah penagih berulang dalam sebulan adalah seramai 556 orang atau 19 orang sehari.

"Di Perak sendiri, sehingga Jun ini, seramai 3,365 orang penagih dadah dikesan manakala bilangan penagih wanita adalah seramai 71 orang atau dua peratus.

"Statistik Malaysia menunjukkan golongan wanita yang terlibat dalam kancah penagihan dadah hanya 263 orang sepanjang 2008 dan terdapat satu Pusat Serenti Wanita (Puspen) di Bachok, Kelantan," katanya.

No comments: