Friday 6 November 2009

Yang Tersurat vs Yang tersirat

Kes bekas Mufti Perlis menarik perhatian saya. Penahanan beliau mengundang banyak reaksi pelbagai.


Pagi tadi terbaca di Berita Harian, Datuk Dr Mashitah [dulu pensyarah di UIA dan sering berceramah dalam Forum Perdana di TV (tak ingat pulak tv1 ke tv3), sekarang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan berkata:- 



"Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat, sebaliknya beranggapan ia tidak sesuai untuk umat Islam negara ini"
"... fahaman itu tidak sesuai kerana di Malaysia berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Wahabi boleh mewujudkan perselisihan sesama umat Islam."
"... kerajaan dan Majlis Fatwa sedang menelitinya secara berhati-hati supaya tidak membahayakan dan menimbulkan ketegangan di kalangan orang agama atau masyarakat."

Saya amat bersetuju dengan pandangan seorang blogger [di sini]
Di antara katanya:-


Saya tak pernah bertemu dengan Ustaz Asri, tetapi sebenarnya penyokong apa yang didokongnya.
Sebab beliau berani berdepan dengan masyarakat dan bergaul dengan mereka.
 Pada saya, mujur ada orang bertaraf mufti seperti Ustaz Asri juga yang menunjukkan bahawa dalam Islam, sebenarnya ada jawapan lain dari yang ditujukkan oleh ulama di Malaysia..
Ada jalan keluar yang lebih mudah difahami.
 Kalau nak kata saya setuju dengan semua apa yang dikatakannya pun, tidak.
Saya juga sering tidak setuju dengan pandangan Nik Aziz Nik Mat,Mufti Perak, atau Mufti Singapore pun.
Tetapi biarlah ada pandangan berbeza dalam masyarakat.
Masyarakat yang semua pandangan disekat menjadi jumud. Otak tertutup.
 Ustaz Asri tak baca doa qunut? Haramkan tahlil? Tak benarkan mengaji di kubur?
Ini semua membawa orang terkeluar dari Islam ke?

Atau mungkin ada benda lain pegawai Jais belum keluarkan.
Maka ada baiknya, atas nama Islam dan umat Muslim, supaya perkara ini dibawa ke Mahkamah.
 Kalau kesalahannya hanya setakat berdakwah tanpa permit, buang masalah 'bang.
Nik Aziz, Hadi Awang, Haron Din dsbnya setiap kali berucap di Selangor tu ada permit ke?
Kalau ada isu lain tentang Ustaz Asri ni yang masyarakat harus tahu, bawa ke depan.
Bak kata mat salleh, Put Up or Shut Up.



* Untuk peringatan sendiri:-
Blogger ini mengatakan umat Islam terbahagi dua iaitu pengikut Syiah dan pengikut Sunnah Wal Jamaah (Sunni). Manakala pengikut Syiah didokong oleh 12 imam, pengikut Sunni didokong oleh 4 imam iaitu Shafie, Maliki, Hambali dan Hanafi.


Fahaman Wahhabi dikaitkan dengan pengikut imam Hambali.


Saya tidak pasti hal ini ..perlu membuat rujukan lanjut.





1 comment:

Basuh Baju said...

sbg blogger- aku rasa benar atau salah tindakan menahan ustaz asri perlu diserahkan kepada pihak yg pakar..haha

bukan apa, bila dah masuk bab agama ni, gua bukannya cukup ilmu di dada.. :)