Monday 2 August 2010

Lagi Cerita DiTipu Mamat Afrika

Ingatkan perempuan yang punya 9 nafsu dan 1 akal yang pendek sahaja senang ditipu. Rupanya ada juga lelaki yang hanya punya 1 nafsu dengan 9 akal yang panjang boleh ditipu dengan mudah. Saya syak ada banyak lagi kes serupa tapi biasalah, lelaki ... mana nak mengaku kena tipu.



RM20,000 dikebas saudagar serbuk emas Afrika

myMetro >> Setempat 2010/03/04

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor berputih mata apabila RM20,000 tunai miliknya lesap selepas menyerahkan kepada seorang lelaki warga Afrika yang mendakwa ‘saudagar emas’, baru-baru ini.
Difahamkan, lelaki berusia 50-an itu ditawarkan warga Afrika terbabit ‘serbuk emas’ didakwa bernilai kira-kira RM150,000 sebelum dia yang terpedaya bersetuju membeli emas berkenan. Namun, suspek yang tidak berpuas hati dengan jumlah wang pendahuluan diberi mangsa itu enggan memberikan serbuk emas berkenaan sebaliknya meminta wang penambahan RM50,000. Mangsa tidak mahu memberikan wang kepada lelaki penipu berkenaan sebelum meminta serbuk emas seperti dijanjikan, namun hanya menyedari ditipu apabila suspek gagal dihubungi. Menurut sumber, kontraktor itu mengenali suspek melalui rakannya yang mendakwa lelaki warga asing berkenaan ada menawarkan serbuk emas dengan dengan harga menarik. Mangsa terpengaruh dengan janji manis suspek kemudian berhubung dengan lelaki terbabit sebelum kedua-duanya berjanji bertemu. Sumber itu berkata, namun ketika mereka bertemu di sebuah restoran di Mont Kiara di sini pada Februari lalu, suspek enggan memberi serbuk emas itu.
“Suspek memberitahu mangsa wang diberikan masih tidak mencukupi dan meminta wang tambahan,” katanya. Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis berkenaan hal itu.

No comments: