Saturday 17 December 2011

Bodoh bertingkat tingkat

Selalu dengar lawak ini
Sekolah sekarang ni tinggi bertingkat tingkat tapi pelajar tak cerdik cerdik jugak

Hari ni baca kat sini

Kerajaan P Pinang dilaporkan akan meruntuhkan bangunan letak kereta baru berharga RM5 juta.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan bahawa tempat letak kenderaan yang tidak dapat digunakan kerana gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana rekaannya yang lemah itu akan dirobohkan, direka bentuk dan dibina semula.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen ketika mengulas perkara itu mahu Guan Eng selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu agensi bertanggungjawab menguruskan projek dibiayai Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Pelancongan bertanggungjawab dan memberi penjelasan.


*Kalau kerajaan BN buat, mereka akan cakap projek gagal. Kalau macam ni pulak, nak panggil apa ye? Bodoh bertingkat-tingkat macam tempat ni jugak.

No comments: